Friday, July 29, 2011

Kopitiam Kita , Kota Bharu

wahhh..lama nya tak update kat Dapor Instant ni kan...almaklum la..bila dah kat kampung halaman ni asyik makan tidor je mana nak ingat nak update blog dah!hahah..takpe2..kali ni Dapor Instant nak perkenalkan satu warung agak popular untuk korang cari makanan untuk breakfast di Kota Bharu ni iaitu KOPITIAM KITA (atau dulu dikenali sebagai Kopitiam Wong).

Konsep Kopitiam Kita sangat mudah sebenarnya. Semua makanan popular dari segenap ceruk daerah di Kelantan akan dibekalkan dan seterusnya dijual di sini seperti, nasi berlauk ikan Tumpat, nasi gulai ayam Tumpat, nasi berlauk ikan Air Dingin, nasi berlauk Pasir Pekan, nasi dagang, nasi tumpang, putu mayam dan nasi kerabu dan macam2 jenis nasi lagi. Menu sarapan oriental seperti roti bakar, french toast,roti lubnan dan roti canai juga ada.haaa satay pun ada ok pagi2 lagi! Yang paling penting, makanan sarapan pagi trademark orang Kelantan iaitu nasi berlauk Kak Wok pun ada jual di sini. Secara tradisi, nasi berlauk Kak Wok tidak banyak beza dengan mana-mana nasi berlauk lain di Kelantan, tetapi rencah kuah dan sambal lada Kak Wok paling terbaik, unik dan tersendiri. Pendek kata, dengar je nama Kak Wok, air liur bisa kecur wa cakap luuu...hahah.. Kiranya da best2 nasi di Kelantan ni ada di sini la. Korang tak perlu kesana kemari untuk cari makanan sedap-sedap kat seluruh pelosok Kelantan ni. Kan senang tu, datang KB je dah boleh makan nasi dari pelbagai daerah gitu! Good Idea punya tokey!!heheh

kepada sesiapa nak mencuba, boleh lah berkunjung ke kopitiam ini yang terletak di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu. Kopitiam ni agak tersorok sikit dari jalan utama tapi kepada sesiapa yang datang dari arah pusat bandar menghala ke arah Pengkalan Chepa, lorong ke kopitiam ini terletak beberapa jarak sahaja melepasi bangunan butik Hazel. Berkaitan harga makanan di sini, korang makan sampai pecah perut pun takkan semahal korang breakfast kat Oldtown tu..haaa over x metafora ni?hehehe.. setakat ini sahaja dahulu post kami kali ini....selamat mencuba!

review dari Dapor Instant : 5 BINTANG!



satay with nasi impit

nasi berlauk air dingin

roti stim

french toast

telur separuh masak terbaekk!

nasi berlauk daging

roti tempayan gulai kambing

roti kitab..telur di tengah!

Saturday, June 25, 2011

Restoran Satay Malaysia, Kota Bharu

hye semua!!i'm homeeeee!!heheh finally boleh jugak buat post kat tanah tumpah darah sendiri tak lain tak bukan Kelantan..hahah..kali ni Dapor Instant nak perkenalkan salah satu restoran yang agak famous la di Kota Bharu ni iaitu Restoran Satay Malaysia..ok kepada sesiapa yang tak tahu kat mana terletaknya restoran ni, kepada sesiapa yang datang dari arah bandar KB jalan menuju ke arah airport, restoran ni terletak di sebelah kanan anda selepas melalui jambatan sg baung..senang cite ni la alamat die yer..
PT 1645, Batu 3 3/4,
Jalan Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Di restoran ni memang terkenal la dengan menu satay yang pelbagai..macam2 jenis satay ada kat sini..satay ayam, daging, rusa, serati, satay black pepper dan yang special nye daging yang digunakan bukan daging import ye..100% lembu malaysia gituuu...heheh..daging yang dibakar pun tak keras macam sesetengah tempat lain.. bila kunyah tu memang akan terasa lagi berair hasil perapan tu dalam mulut..memangg kawww la!yang mahal nye kat sini guna cara tradisional bakar ngan arang okey..bukan macam sesetengah kedai tu bakar guna dapur elektrik je sebab tu la jadi kering..huhu harga satay adalah seperti berikut

 harga pakej                   
  1 org                    RM   8.00
  2 org                    RM 12.00 
  3 org                    RM 19.50                                                                                                            
  4 org                    RM 23.00 
  5 org                    RM 26.50
                       
 harga secucuk   : RM 0.70
 harga satay rusa: RM 2.50 tiga cucuk

  
selain satay, di sini juga terdapat lain-lain masakan panas dan juga western food..harga di sini memang berpatutan apatah lagi telah dianugerahi ANUGERAH KEDAI HARGA PATUT...memang murahhh laaa makanan di sini..selain satay, trademark restoran ni adalah mee udang..memang berbaloi order sebab portion dia besar dan mengenyangkan dan yang paling penting, ia tak hanyir takde bau udang langsunggg..harga sepinggan RM6.00...rasa nya, stakat ni dulu la post untuk kali ni..selamat mencuba!

review dari Dapor Instant : 4.0 bintang!! 

pandangan dari hadapan kedai..restoran ni ada 2 tingkat
set 2 orang makan..
kuah kacang...

mee udang...


Friday, June 10, 2011

Kuey Teow Kerang Uptown Damansara

hye..sori lama dah kitorg x update Dapor Instant niii sebab busy sangat2..kali ni kitorg nak perkenalkan satu tempat yang  best untuk memudahkan korang semua nak cari makanan2 sedap and banyak pilihan  iaitu UPTOWN DAMANSARA HAWKERS CENTRE..

ada banyak pilihan makanan kat sini..masakan melayu tradisional,western food,yong tau foo, chinese food, semua ada la..TAPI...kali ni Dapor Instant cuma nak fokuskan post pasal satu gerai je dulu sebab kitorang selalu makan dekat gerai ni setiap kali datang sini iaitu GERAI AVALALA UPTOWN DAMANSARA..kedai ni terletak di tengah2 berdekatan dengan "yazid steakhouse"..cari la mesti jumpa punya..:)

bagi Dapor Instant, kuey teow kerang paling best kat sini dan mungkin antara yang tersedap kat area kl sebab xpernah jumpa lagi sesedap yang ni..kalau sesetengah tempat tu berminyak sangat la, kicap terlebih la, kerang sikit la,macam2 la kekurangannya..tapi kat sini memang sedapp and kerang banyak..kalau setakat sepinggan tu memang rasa nak order satu lagi la! harga sepinggan kuey teow kerang RM4.50 tapi memang puas hati ..gerai ni boleh dikatakan 1 Malaysia jugak la sebab cina,melayu, india, cukup lengkap manage gerai nii..hahha..jangan risau, dijamin HALAL!:)

selain kuey teow kerang, ada jugak makanan lain kat gerai ni tapi yang recommended kuey teow la..memang tak menyesal la!selamat mencuba...:)

review dari DAPOR INSTANT : 5.0 bintang!


kuey teow kerang RM4.50
kerang banyak..fishcake..tauge..telur..complete!
sotong tempura...rangup n sedap! RM 8.00





Wednesday, April 13, 2011

Bubur Berlauk Suraya Kg Baru

sapa2 suka makan bubur berlauk, sila "LIKE" post nih!(hahah da mcm FB pulak kan..) hye...kali ni Dapor Instant nak share satu lagi tempat makan best kat KL ni..nama restoran ni RESTORAN SURAYA, KG.BARU... buat pengetahuan semua, restoran ni adalah antara toplist bagi kitorg sebab semua makanan kat sini sedap sangat2..tapi post Dapor Instant kali ni cuma nak cerita pasal makanan favret kitorg je dulu iaitu bubur berlauk..maybe kalau next time kitorg pegi try makanan lain pulak kitorg update lain pulak ye!

kepada sesiapa yang tak pernah cuba makan bubur berlauk sepanjang hidup korang, datang la cuba ye confirm tak menyesal..bubur berlauk ni makanan 'light' je tapi still mengenyangkan umpama korang makan nasi campur sepinggan penuh!heheh..bubur berlauk ni terdiri daripada bubur kosong and korang boleh pilih lauk apa yang korang nak untuk makan dengan bubur tu..ada satu ruang khas dorang susun lauk2 untuk korang pilih..ada banyak lauk macam daging manis, ikan masin, telur masin, sambal paru,bilis goreng,dan banyak lagi..yang paling menarik dorang akan hidang bubur panas2 dan masak sayur 'upon request', maknanya sayur tu dihidangkan panas2 untuk makan sekali dengan bubur n lauk lain2..lauk2 yang ada pun semuanya sedap especially daging manis dan sambal paru..memang masyuuukkk!!selain bubur, kitorang makan jugak kerang bakar..kerang kat sini gemok2 n memang berbaloi order!!even dibakar, tapi tetap juicy bak kata orang kalau gigit tu terpercik air dari mulut..heheh..cicah pulak ngan pencicah dia bagi tu, layaannn~

harga semua sekali kitorang makan 2 orang mase tu set bubur, 1 set kerang and air rm25..ok laa..janji makan memang puas!kalau korang nak datang sini, tak susah pun cari..dari masuk pintu gerbang Kg.Baru, terus je and cari signboard kedai ni sebelah kanan korang..tapi kalau nak datang, kena sabar la tunggu tempat duduk sebab memang sentiasa penuh kat sini tak kire mase..

jadi, kepada anda semua, SELAMAT MENCUBA!

review dari Dapor Instant : 5.0 bintang! 

view dari luar restoran..
bubur kosong

sayur kailan ikan masin
lauk kitorang amek untuk dimakan ngan bubur kosong
daging manis n sambal paru..(recommended)
kerang bakar
tengok isi kerang tu gemok2..;p






Sunday, April 10, 2011

Nasi Pakapao ss17,PJ

Hye! pernah dengar tak sejenis menu nama NASI PAKAPAO?? mesti jarang dengar kan?so,apa salah nya cuba makanan baru eksotik yang jarang2 boleh jumpa kat kedai2 lain kan?asalkan halal,dapor instant ON jahhh!heheh

kepada sesiapa yang nak try mkn pakapao ni, boleh cuba dekat belakang pusat asasi UIA SS17, PJ.Tuan punya kedai ni oghe kelate and agak murah la makanan yang ada kat sini..seswaaiii sangat la untuk sesiapa yang tengah nak bjimat tu...:)

kepada yang tak tau, "nasi pakapao" ni macam nasi putih biasa tapi lauk dia daging cincang masak dengan cili padi and daun selasih, telur mata yg kuningnya cair, sup kosong, ulam timun, kacang botol & kobis cicah sambal belacan..!! simple je laok die tapi sedaaaaappppp,ala2 macam ayam penyet jugak..harga set pakapao RM5.OO satu set..bila ditanya sejarah nama pakapao ni, tuan punya kedai pun xtaw..heheh..tapi sebenarnya asal makanan ni dari Thailand 'phad ka phao'.bila dapat kat orang melayu jadi pakapao..hehe..selain nasi pakapao ada jugak nasi gorang pakapao (bezanya nasi putih tu ganti ngan nasi goreng) and banyak lagi masakan panas yang lain..

yang susah nye, kedai ni takde signboard apa2..just gerai kat tepi jalan je..cuma boleh bagitaw gerai ni terletak di celah2 lorong flat di kawasan pasar malam dekat asasi UIA pj..and gerai ni cuma bukak waktu MALAM sahaja bermula dari pukul 6 petang..kalau x jumpa jugak,cari slow2 mana2 lorong yang nampak cerah sikit, insyaAllah jumpa..:) 

selamat mencuba!!

review dari Dapor Instant : 4.0 bintang!!


set nasi pakapao RM5.00 (termasuk sup, ulam dan sambal belacan)

sori kualiti camera xbrapa elok..:(

daging digoreng dengan cili padi dan daun selasih

Friday, April 1, 2011

Restoran Sambal Hijau, Sg Penchala

hye! Kalau anda suka makanan nasi campur khususnya waktu tengahari, kali ni Dapor Instant nak suggest satu lagi tempat menarik .. restoran ni sediakan macam2 lauk selera Melayu-Indonesia..nama restoran ni RESTORAN SAMBAL HIJAU!

restoran sambal hijau ni terletak kat sg Penchala, area2 Damansara..kalau nak ke sana, korang boleh menyusuri Penchala Link dan susur keluar ke Kg. Sungai Penchala, jalan terus sampai nampak simpang tiga. Ia terletak bersebelahan Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah..kalau nak senang lagi, kalau korang datang dari arah TTDI, korang ikot signboard Sg Penchala..landmark ialah Restoran Rasta..rasta sebelah kiri korang..dari situ, korang terus je lepas traffic light sampai simpang tiga terus nampak restoran ni!

Korang boleh pilih berpuluh-puluh jenis menu mengikut selera dan citarasa korang..yang paling famous kat sini ada macam2 jenis sambal termasuk sambal hijau makanan popular dari Padang, Indonesia (sebab tu name restoran cmtu..;p)..sesiapa yang tak tahan pedas tak disyorkan cuba sambal kat sini sebab memang akan berasap la telinga kalau tak tahan..kalau korang nak selesa datang lambat sikit pun takpe sebab waktu tghari memang akan sesak sangat2..lauk kat sini sentiasa ditambah dan takkan habis awal..waktu berniaga kat sini bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 2.00 pagi..harga makanan kat sini pun berpatutan! 
biasanya kalau ambil dalam 3 jenis lauk baru RM5.OO lebih tapi bergantung pada lauk jugak la.. 
itu sahaja setakat ni..
selamat mencuba! 

review dari Dapor Instant : 4.0 bintang! 

peta ke restoran sambal hijau!
pandangan dari hadapan restoran:)

sudut ikan bakar..

sudut lauk makanan tengahari
macam2 jenis sambal


sambal hijau


dessert..bubur sumsum..rm1.20 saje!

Monday, March 21, 2011

Nasi Ayam Hailam Damansara Utama

hye semua..ramai orang cakap kalau kat kl ni nak cari nasi ayam paling sedap kena pergi dekat Bukit Bintang, Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng sebab kedai ni memang faymes sejak dari dulu lagi..huhu TAPI.!! takkan lah stiap kali rase nak makan nasi ayam mesti kena pergi situ je, dah la jam plus jauh kat dalam bandar tu..betul x?hehehe so kali ni DAPOR INSTANT nak crita pengalaman kitorg kat satu kedai nasi ayam hailam yang ala2 macam dekat BB tu jugak, tapi yang ni dekat damansara..nama restoran ni RESTORAN NASI AYAM HAILAM DAMANSARA UTAMA! (agak2 nya branch sama mcm BB tu jugak kot..;p)

restoran ni terletak betul2 bertentangan dengan medan selera uptown damansara..nak senang lagi kedai dia sederet dengan 7-11..restoran ni diusahakan oleh orang cina tapi telah mendapat pengiktirafan halal oleh pihak JAKIM..jadi kepada muslim semua,jangan risau..HALAL!!

makanan utama kat restoran ni of course la nasi ayam kan..tapi ada jugak makanan tambahan lain macam kerabu kaki ayam, kerabu mangga, sayur kangkung belacan etc..suka sangat2 kerabu kaki ayam tapi tak sempat nak ambil gambar..untuk nasi ayam pulak,satu set nasi ayam ialah RM 5.80 (nasi, ayam,sup)..ada dua pilihan ayam..roasted atau pun steamed..lagi sedap yang roasted, tapi untuk orang2 yang nak jage kesihatan, order la yang steamed pun sedap jugak..hehe..yang special kat sini sos cili + halia..memang masyuuukk sangat2 campur dengan sambal cili merah dan kicap..nak cerita panjang2 pun takleh jugak sebab lain orang lain pendapat kan..cuma pada pendapat kitorg, nasi ayam kat restoran nii layak mendapat pujian jugak la sebab mampu membuatkan kitorg order nasi tambah..haaa camne tu???;p

slamat mencuba semua!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang!

Jalan 21/37, (few shops away from 7 Eleven)
Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya.


view dari hadapan restoran..
ada tanda halal di hadapan kedai..jangan risau:)

nasinya sedap dan berlemak!xcukup kalau sepinggan;p
Isi ayam panggang memang lembut  berserta sos kicap sedap..(ada dua jenis roasted dengan steamed) 

sup kacang tanah..

 set nasi ayam RM5.80

Sunday, March 20, 2011

Burger Frenzy

Hyeee.. Kali ini nak introduce makanan yang tak berapa berat sangat macam main course nasi, spaghetti, sup2, dan lain2..nama nya Burger Frenzy..Kedai ni kalau nak ikutkan, sangat10x feymes di kalangan pelajar UM (Universiti Malaya). Kedai ini terletak di hadapan GATE BANGSAR UM. Betul2 kat corner keluar gate UM tu. Memang nampak belah kiri je.Kedai ini dibuka dari pukul 8pm-2am.Burger kat kedai ini terdiri daripada pelbagai jenis..ayam-daging-benjo..Kalau yang special tu, memang terbukti special! Burger daging special, daging+telur...isi tebal, roti pun lembut. kalau nak makan kat kedai tu pun boleh, tapi kerusi terhad..

bagi regular customer kedai ni, diorang prefer untuk amek nombor telefon brader burger ni. Sebab kalau tak order awal2, amek mase 15 minit jugak la untuk siap burger yang diorder on the spot. Order dalam telefon tu kadang2 sampai 20 ketul burger. Maknanya sangat10x sedap la tu. Pasti meLeLehh!!! yang mengagumkannya, brader ni pandai manage mase. Kalau kat kedai biasa, memang terpaksa tunggu 45 minit la semata-mata untuk seketul burger, mesti diorang utamakan yang order banyak dulu. Brader ni akan buat burger yang diorder on the spot n via phone secara selang seli, so semua burger yang diorder dapat siap on time! Burger ni bagi kitorg lagi sedap dari McD punye. Ni kire burger ghetto la. harga pun berpatutan.. macam2 jenis burger ade kat kedai ni. daging balut dengan telur...kalau nak campur semua rencah pun boleh..

so selamat mencuba!!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang !

p/s: makan burger ni sila tutup mulut rapat2, takut nanti 'mulut bocor'. hehe 


Tepi jalan besar je. Mudah untuk dicari
             
 Senarai jenis burger n harga. Berpatutan:-)

 Burger daging special. RM2.80...puas hati


Makruh jika ditonton pada bulan puasa:-p


 Hot dog double special. RM3.50


Kandungan hot dog. Lepas makan ni terus order lagi satu. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...