Saturday, February 12, 2011

Restoran Ali Cafe, Bangsar

kali ni kitorg nak share satu restoran ala2 masakan thai kat area2 Universiti Malaya..nama restoran ni Restoran Ali Cafe Tomyam Seafood tapi kitorg panggil restoran 'bomba' je sebab name die panjang sangat and kebetulan kat belakang kedai tu balai bomba..(hahaha suke hati je).. restoran ni terletak bersebelahan Balai Bomba kat Jalan Pantai Baru, KL..kalau dari main gate UM tu nak pegi Bangsar, restoran ni kat sebelah kanan jalan..kedai dia panjang and memang nampak meriah la especially waktu malam..:)

kat sini ada macam2 masakan panas..nasi goreng pattaya,belacan, ikan masin, paprik, ayam goreng kunyit and macam2 lagi laa..masakan die ala2 thai sikit and harga makanan kat sini pun boleh dikatakan berpatutan la..standard nasi goreng RM4-RM5 jugak..special kat kedai ni ialah tomyam..tomyam kat sini tomyam putih and rase dia memang cukup segala2 nya masin manis masam pedas semua ada..so kalau datang sini memang tak sah la ye kalau tak order tomyam .. masa kitorg pergi ni tak banyak gambar yang diambil sebab kitorg pun takde la lapar sangat mase tu, so makan pun xbanyak sangat..kitorg order rojak buah, nasi goreng paprik and tomyam campur je..tapi takpela..yang penting, tomyam tu tetap ada..:)


 Restoran Alicafe Tomyam,
Jln Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur

review dari DAPOR INSTANT : 3.5 bintang..:)


roughly harga makanan kat kedai ni..:)

rojak buah...rm3.50

nasi goreng paprik lauk banyak! -rm5.00-

tomyam putih campur - rm5.50- (recommended)

selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...