Monday, March 21, 2011

Nasi Ayam Hailam Damansara Utama

hye semua..ramai orang cakap kalau kat kl ni nak cari nasi ayam paling sedap kena pergi dekat Bukit Bintang, Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng sebab kedai ni memang faymes sejak dari dulu lagi..huhu TAPI.!! takkan lah stiap kali rase nak makan nasi ayam mesti kena pergi situ je, dah la jam plus jauh kat dalam bandar tu..betul x?hehehe so kali ni DAPOR INSTANT nak crita pengalaman kitorg kat satu kedai nasi ayam hailam yang ala2 macam dekat BB tu jugak, tapi yang ni dekat damansara..nama restoran ni RESTORAN NASI AYAM HAILAM DAMANSARA UTAMA! (agak2 nya branch sama mcm BB tu jugak kot..;p)

restoran ni terletak betul2 bertentangan dengan medan selera uptown damansara..nak senang lagi kedai dia sederet dengan 7-11..restoran ni diusahakan oleh orang cina tapi telah mendapat pengiktirafan halal oleh pihak JAKIM..jadi kepada muslim semua,jangan risau..HALAL!!

makanan utama kat restoran ni of course la nasi ayam kan..tapi ada jugak makanan tambahan lain macam kerabu kaki ayam, kerabu mangga, sayur kangkung belacan etc..suka sangat2 kerabu kaki ayam tapi tak sempat nak ambil gambar..untuk nasi ayam pulak,satu set nasi ayam ialah RM 5.80 (nasi, ayam,sup)..ada dua pilihan ayam..roasted atau pun steamed..lagi sedap yang roasted, tapi untuk orang2 yang nak jage kesihatan, order la yang steamed pun sedap jugak..hehe..yang special kat sini sos cili + halia..memang masyuuukk sangat2 campur dengan sambal cili merah dan kicap..nak cerita panjang2 pun takleh jugak sebab lain orang lain pendapat kan..cuma pada pendapat kitorg, nasi ayam kat restoran nii layak mendapat pujian jugak la sebab mampu membuatkan kitorg order nasi tambah..haaa camne tu???;p

slamat mencuba semua!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang!

Jalan 21/37, (few shops away from 7 Eleven)
Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya.


view dari hadapan restoran..
ada tanda halal di hadapan kedai..jangan risau:)

nasinya sedap dan berlemak!xcukup kalau sepinggan;p
Isi ayam panggang memang lembut  berserta sos kicap sedap..(ada dua jenis roasted dengan steamed) 

sup kacang tanah..

 set nasi ayam RM5.80

Sunday, March 20, 2011

Burger Frenzy

Hyeee.. Kali ini nak introduce makanan yang tak berapa berat sangat macam main course nasi, spaghetti, sup2, dan lain2..nama nya Burger Frenzy..Kedai ni kalau nak ikutkan, sangat10x feymes di kalangan pelajar UM (Universiti Malaya). Kedai ini terletak di hadapan GATE BANGSAR UM. Betul2 kat corner keluar gate UM tu. Memang nampak belah kiri je.Kedai ini dibuka dari pukul 8pm-2am.Burger kat kedai ini terdiri daripada pelbagai jenis..ayam-daging-benjo..Kalau yang special tu, memang terbukti special! Burger daging special, daging+telur...isi tebal, roti pun lembut. kalau nak makan kat kedai tu pun boleh, tapi kerusi terhad..

bagi regular customer kedai ni, diorang prefer untuk amek nombor telefon brader burger ni. Sebab kalau tak order awal2, amek mase 15 minit jugak la untuk siap burger yang diorder on the spot. Order dalam telefon tu kadang2 sampai 20 ketul burger. Maknanya sangat10x sedap la tu. Pasti meLeLehh!!! yang mengagumkannya, brader ni pandai manage mase. Kalau kat kedai biasa, memang terpaksa tunggu 45 minit la semata-mata untuk seketul burger, mesti diorang utamakan yang order banyak dulu. Brader ni akan buat burger yang diorder on the spot n via phone secara selang seli, so semua burger yang diorder dapat siap on time! Burger ni bagi kitorg lagi sedap dari McD punye. Ni kire burger ghetto la. harga pun berpatutan.. macam2 jenis burger ade kat kedai ni. daging balut dengan telur...kalau nak campur semua rencah pun boleh..

so selamat mencuba!!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang !

p/s: makan burger ni sila tutup mulut rapat2, takut nanti 'mulut bocor'. hehe 


Tepi jalan besar je. Mudah untuk dicari
             
 Senarai jenis burger n harga. Berpatutan:-)

 Burger daging special. RM2.80...puas hati


Makruh jika ditonton pada bulan puasa:-p


 Hot dog double special. RM3.50


Kandungan hot dog. Lepas makan ni terus order lagi satu. hehe

Sunday, March 13, 2011

Sup Tulang Hajjah Che Yah, PJ

hye..baru2 ini mengidam nak makan sup tulang sangat2..tros la google cari kedai mana yang faymes ngan sup tulang kat area2 dekat Petaling Jaya ni..sekali keluar la nama kedai  HAJJAH CHE YAH NASI MELAKA...tapi dalam tu dia tak bagi pulak gambar sample sup ke kedai ke ape, cuma bagi alamat je..mula2 macam berat hati jugak nak pergi ke taknak..tapi last2 pergi la jugak..alamat yang dekat google tu macam complicated je tempat dia, tapi rupa2 nya dekat DIGITAL MALL sek 14 PJ jerr..adoyayy...dekat bangunan pasar2 sebelah digital mall tu ada food court die, gerai Che Yah ni kat food court tu la..kalau nak alamat penuh jugak ponn bolehh..:)

Hajjah Che Yah Nasi Melaka
MR11, Medan Ria Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor


dekat kedai ni dia memang ada baaaanyak jenis lauk untuk makan tengahari..ada siput sedut, ada ikan terubuk asam pedas, ada ikan patin gulai tempoyak, ulam, daging rendang, macam2 laa..special dia kat sini sup tulang la..sup ayam pun ade jugak..harga semangkuk sup tulang RM4.00 je tapi isi memang banyak..!! memang MURAH sangat, jarang nak dapat kat tempat lain..rasa dia pun sedap, tapi kena makan panas2 laa baru masyuukk..hari tu kitorg ambil lauk ikan patin masak tempoyak, sup tulang, ikan asam pedas dan sayur campur..ikan asam pedas dia biasa2 je, takleh lawan keaslian kat melaka lagi laa..tapi overall, makanan dia boleh tahan sedap la..and yang paling penting, MEMANG MURAH!!

review dari Dapor Instant : 3.5 bintang untuk gerai Hajjah Che Yah! 

 
sup tulang..RM 4.00 murah sangat2 dan isi banyak!!


gulai tempoyak ikan patin..RM3.00 sepinggan..kuah pekat sangat2 sehingga menjilat jari!

macam2 lauk ada..memang makanan kampung asli 


cari elok2 gerai ni..die gerai no 11!:)










selamat mencuba semua!!

Thursday, March 10, 2011

1st Anni at LOOKOUT POINT,Ampang

27 Februari 2011..d very 1st anniversary celebration of pemilik blog DAPOR INSTANT ni..yeayyy!!so kali ni si teruna telah plan nak buat surprise kat si gadis nii nak bawak pegi celebrate kat tempat jauh sikit dari tempat belajar kitorang..LOOKOUT POINT AMPANG..untuk pengetahuan semua, ia adalah salah satu tempat tarikan pelancong di mana anda boleh menikmati pemandangan seluruh KL dari atas bukit..kepada sesiapa yang taktaw jalan and takut sesat,jangan risau..bila dah sampai area ampang tu, signboard memang akan ada sepanjang jalan untuk membantu anda..:) 

kitorg sampai kat sana dalam lebih kurang pukul 8.45malam..ramai orang masa tu, mungkin sebab weekend..disyorkan kalau korang taknak ramai orang sangat pergi la weekdays..kat situ ada parking site disediakan,berbayar laa...kalau nak tengok scenery cantek,better naik atas lagi kat tinjau cafe ( naik dengan kereta pun boleh..parking ada banyak)sampai je kat sana, kitorg pilih kedai HAVEN..selain kedai tu, ada banyak lagi pilihan kedai panorama restaurant, lookout point western food, gasoline cafe and etc..kitorg pilih HAVEN sebab nampak kedai dia lagi lengang and view die pun menarik..

bagi Dapor Instant, kalau tujuan utama datang ke sini untuk cari makan yang sedap sampai ngigau2 malam(hehe;p),pilihan anda tak berapa tepat la..sebab makanan2 kat sini biasa-biasa je..mostly restaurant kat sini specialties dia western food..harga pun standard Chille's semua tu..hari tu kitorang order grilled lamb and sirloin steak..yang special nya sos black pepper dia..tapi jangan mintak lebih,nanti kene tambah caj..hahah..favret saya is dia punya strawberry shake! memang pekat sangat and rasa dia memang btol2 blend semua sekali..RECOMMENDED! plus, kalo ada bday siapa2, dia akan pasang lagu birthday kuat2 and automatically satu restoran akan nyanyi sama utk bday boy/girl tu..bestt!.kalau nak datang sini untuk celebrate hari2 special boleh la sebab environment kat sini best sangat!


so nasihat kami kalau nak cari tempat makan yang ada pemandangan cantik and romantik ala2 hindustan gituu feeling2 macam makan ditemani sinaran lampu bandar kl, datanglah ke LOOKOUT POINT AMPANG ye!
memang cantik sangat..n oh ya, happy 1st Anniversary EmilyShark!:)

review dari Dapor Instant : 4 bintang untuk tempat ini..:)

peta nak pergi tempat ni..sesat lagi xtaw laa:)


pemandangan seluruh kl dari atas...

restoran haven. serve mostly western food la..ada jugak food lain2

view dari restoran Haven

menu..boleh laa usha2 harga makanan2 lain..:)
grilled lamb set rm 27.00
sirloin steak rm28.00
strawberry shake rm9.00
  selamat mencuba semua!!

Monday, March 7, 2011

Mai Pekena CENDOL PULUT and Pasembuq!!!

Dulu2 orang utara je yang suke makan pasembur. Sekarang bila cakap pasal pasembur je semua orang dah taw. Kali ini Dapor Instant ingin memperkenalkan satu kedai yang mana tidak secantek chili's dan tidak juga seperti kedai2 di tepi longkang. Kedai ini sebenarnya dioperasikan dekat sebuah trak je. Takde bangunan pun. Hanya meja makan dan kerusi disediakan di bawah khemah atau kanopi. Lokasinya agak strategik kerana terletak di sebelah KFC PJ je, blkg Universiti Malaya. Kedai ini beroperasi dari pukul 12pm-6pm.

Sekarang kite beralih kepada juadah pula. Kedai ini menyediakan dua jenis juadah sahaja. Pasembur dan juga Cendol Pulut. Kedua-duanya ada UMPHH!! Tuhan je yang taw. Haha. Untuk pasembur, kuah yang disediakan cukup pekat and cukup cair. Kata orang, sedang2 je. Bila lalu kat tekak tu memang akan stay rase die sampai balik Gombak. Kalau sesiapa yang suke ia dimakan bersama mee, boleh mintak kat mamak tu. Tapi ade caj lebih kot, sebab kitorang tak pernah mintak mee. Nak rase 'pure' pasembur tu je tanpa campur makanan lain. MELELEH~!!!

Cendol pulut pula juadah sampingan yang menghilangkan dahaga. Kalau dikira portionnye, tidak lah besar sangat. Cume mangkuk kecik je. Tapi yang penting, cendol ini bukan seperti cendol yang lain2 jual kat tepi jalan tu, banyak gune air gula n nisan je. Yang ni banyak letak cendol, santan, n pulut. Kalau taknak pulut pun boleh mintak, lagi muraHH!! Yang membuatkannya special, gandingan pasembur n cendol pulut tu mampu untuk memuaskan anda, serta mengenyangkan sepanjang malam.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba juadah di kedai ni, lokasinya terletak di Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Altitud tak reti nak kasi, nanti takut jumpe mende lain plak. Haha. Landmark = Stesen minyak Esso, Shell, KFC. Masuk lorong tersebut dan kedainya dihujung skali, tepi lorong drive thru KFC. Selamat mencuba!!!

review dari DAPOR INSTANT : 3.0 bintang. pasembuq tu fevret kitorang:-D

cendol tanpa pulut. tapi still kawww!!! RM 1.50 saje
                                              

close snap. kasi terliuq!!


tu diaa~!!! pasembuq mamak PJ!! RM3.50 saje
dapat cendol takleh pandang camera dah


 tempat terhad. kalau nak makan mesti kena sabar untuk tunggu tempat dulu


bersih. itu yang penting


pada pukul 4pm. masih banyak rencah2

Friday, March 4, 2011

kek coklat kukus dapor instant!

hye semua..kali ni dapor instant nak share satu resipi senang ngan semua iaitu resipi KEK COKLAT KUKUS!! cara2 nak buat kek nii senang sangat2 (kalau buat sambil gosip2 pun xde hal la..;p) and hasil dia pun sangat memuaskan..xdela sedap sangat2 sampai da boleh bukak kedai cam secret recipe tu, tapi sedap la untuk homemade recipe kan..(kalau mak2 pun da puji tu, maknenye boleh tahan sedap gak la kan..heheh)..

kepada yang xpernah masuk dapur tp tibe2 rase nak test bakat pon boleh cube resipi ni..jangan malu jangan segan sebab almaklum lah, si "pnulis" ni pun bukan pandai masak pun! stakat buat dessert 2 3 jenis and goreng2 tu boleh laa..ahahhaha..ok2..kite xnak buang masa, let's start people!:)

bahan-bahan yang diperlukan:

bahan A
1 cawan serbuk koko ( apa2 brand pn xksah tp sy guna vanhoutten)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan marjerin (lagi banyak lagi sedap..lemak berkrimmmm;p)
1/2 cawan susu pekat

bahan B
4 biji telur (dipukul siap2)

bahan C
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA:
1. campurkan kesemua bahan A ke dalam bekas.kemudian, panaskan di atas dapur dan kacau hingga sebati..kacau sepanjang masa sebab xnak coklat berketul2 nanti..
2.agak2 da sebati bahan A tadi, tutup api dan kemudian perlahan2 masukkan bahan B tadi ke dalam acuan A tadi..kacau hingga sebati..
3.kemudian, masukkan bahan C ke dalam acuan A dan B tadi..kacau sehingga sebati..:)
4.akhir sekali, masukkan acuan tadi ke dalam bekas lain dan sedia untuk dikukus!!kukus selama 1jam and tadaaa,dah siap!!

cara2 nak wat topping:
utk topping, kita perlukan satu paket coklat masakan and marjerin(minyak masak pun boleh)..untuk choc topping ni,kene gune teknik double boil sebab xnak nanti choc tu hangit..cara nak buat senang je..panaskan air dalam satu bekas atas dapur..kemudian masukkan choc and marjerin di dalam bekas yang lain and rendam bekas tersebut dalam bekas air atas dapur tadi..ni la org panggil teknik double boil..kacau je choc tu sampai laa nampak cair and berkilat, then tuang and ratakan je atas kek tadi..dah siap!


* senang kan resipi niii??? kat bawah ni ada pic kek yang DAPOR INSTANT buat sempena celebrate birthday mummy tersayang..walaupun rupa tak seberapa, tapi yang penting kek ni dimasak dengan penuh kasih sayang...phewiitt..sorry sebab takde pic proses membuat..fokus sangat takut salah mix sampai tak ingat nak bgambar..hahahah;p ok, slamat mencuba semua!!

kek coklat kukus homemade recipe:)

 specially made birthday cake for mummy!:)

Wednesday, March 2, 2011

Tauhu Bakar Andalucia Restaurant

post DAPOR INSTANT kali ni nak share satu lagi restoran yang boleh tahan ok la tempat dia..kepada sesiapa yang rasa nak makan ringan je (especially warga UM atau penduduk2 kerinchi sekalian:-p )  and tiba2 ngidam nak makan tauhu bakar sedap, boleh la berkunjung  ke restoran yang terletak di kerinchi ni iaitu Restoran Andalucia..kedai ni terletak betol2 bertentangan dengan OldTown Kerinchi yang dekat simpang traffic light Bangsar South tu..kedai ni macam restoran lain jugak, ada masakan panas semua tu tapi yang ok pasal kedai ni dia ada jual banyak makanan2 sampingan selain makanan panas contohnya macam tauhu bakar, kerang bakar / rebus, rojak buah, abc, cendol etc..kalau rasa taknak makan nasi, nak makan biasa2 je sambil lepak2 boleh la datang sini..yang special kat sini tauhu bakar la sebab tauhu kat sini dia letak banyak inti berbanding kedai2 lain..and portion dia pun agak mengenyangkan dah..kalau masakan panas tu, biasa je la macam restoran2 lain jugak..takde special sangat..

kepada sesiapa yang nak mencuba makanan kat restoran ni, senang je nak cari restoran ni..mula2 cari dulu OLDTOWN Kerinchi..kalau dah jumpa, restoran ni betul2 bertentangan ngan oldtown tu..senang je! slamat mencuba!!:)

review dari DAPOR INSTANT : 2.5 bintang la sebab tauhu dia sedap...heheh;)


tauhu bakar rm3.50 (recommended)

abc rm3.00 (tak sedap sangat sebab kurang susu)

kerang bakar rm4.00..cara masak dah menarik tp kering sangat..sepatutnya order kerang rebus baru la rase juicy2 sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...