Sunday, March 20, 2011

Burger Frenzy

Hyeee.. Kali ini nak introduce makanan yang tak berapa berat sangat macam main course nasi, spaghetti, sup2, dan lain2..nama nya Burger Frenzy..Kedai ni kalau nak ikutkan, sangat10x feymes di kalangan pelajar UM (Universiti Malaya). Kedai ini terletak di hadapan GATE BANGSAR UM. Betul2 kat corner keluar gate UM tu. Memang nampak belah kiri je.Kedai ini dibuka dari pukul 8pm-2am.Burger kat kedai ini terdiri daripada pelbagai jenis..ayam-daging-benjo..Kalau yang special tu, memang terbukti special! Burger daging special, daging+telur...isi tebal, roti pun lembut. kalau nak makan kat kedai tu pun boleh, tapi kerusi terhad..

bagi regular customer kedai ni, diorang prefer untuk amek nombor telefon brader burger ni. Sebab kalau tak order awal2, amek mase 15 minit jugak la untuk siap burger yang diorder on the spot. Order dalam telefon tu kadang2 sampai 20 ketul burger. Maknanya sangat10x sedap la tu. Pasti meLeLehh!!! yang mengagumkannya, brader ni pandai manage mase. Kalau kat kedai biasa, memang terpaksa tunggu 45 minit la semata-mata untuk seketul burger, mesti diorang utamakan yang order banyak dulu. Brader ni akan buat burger yang diorder on the spot n via phone secara selang seli, so semua burger yang diorder dapat siap on time! Burger ni bagi kitorg lagi sedap dari McD punye. Ni kire burger ghetto la. harga pun berpatutan.. macam2 jenis burger ade kat kedai ni. daging balut dengan telur...kalau nak campur semua rencah pun boleh..

so selamat mencuba!!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang !

p/s: makan burger ni sila tutup mulut rapat2, takut nanti 'mulut bocor'. hehe 


Tepi jalan besar je. Mudah untuk dicari
             
 Senarai jenis burger n harga. Berpatutan:-)

 Burger daging special. RM2.80...puas hati


Makruh jika ditonton pada bulan puasa:-p


 Hot dog double special. RM3.50


Kandungan hot dog. Lepas makan ni terus order lagi satu. hehe

3 comments:

  1. huyoooooooooooooooooooooooo...sedapnyeeee
    tp saye tak suke burger..heehhehe

    ReplyDelete
  2. emm meleleh air liur tengok mknan kat cni..hehe

    ReplyDelete
  3. sedap tu...cmni la org pndai bisnes..pandai atur masa sume..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...