Monday, March 7, 2011

Mai Pekena CENDOL PULUT and Pasembuq!!!

Dulu2 orang utara je yang suke makan pasembur. Sekarang bila cakap pasal pasembur je semua orang dah taw. Kali ini Dapor Instant ingin memperkenalkan satu kedai yang mana tidak secantek chili's dan tidak juga seperti kedai2 di tepi longkang. Kedai ini sebenarnya dioperasikan dekat sebuah trak je. Takde bangunan pun. Hanya meja makan dan kerusi disediakan di bawah khemah atau kanopi. Lokasinya agak strategik kerana terletak di sebelah KFC PJ je, blkg Universiti Malaya. Kedai ini beroperasi dari pukul 12pm-6pm.

Sekarang kite beralih kepada juadah pula. Kedai ini menyediakan dua jenis juadah sahaja. Pasembur dan juga Cendol Pulut. Kedua-duanya ada UMPHH!! Tuhan je yang taw. Haha. Untuk pasembur, kuah yang disediakan cukup pekat and cukup cair. Kata orang, sedang2 je. Bila lalu kat tekak tu memang akan stay rase die sampai balik Gombak. Kalau sesiapa yang suke ia dimakan bersama mee, boleh mintak kat mamak tu. Tapi ade caj lebih kot, sebab kitorang tak pernah mintak mee. Nak rase 'pure' pasembur tu je tanpa campur makanan lain. MELELEH~!!!

Cendol pulut pula juadah sampingan yang menghilangkan dahaga. Kalau dikira portionnye, tidak lah besar sangat. Cume mangkuk kecik je. Tapi yang penting, cendol ini bukan seperti cendol yang lain2 jual kat tepi jalan tu, banyak gune air gula n nisan je. Yang ni banyak letak cendol, santan, n pulut. Kalau taknak pulut pun boleh mintak, lagi muraHH!! Yang membuatkannya special, gandingan pasembur n cendol pulut tu mampu untuk memuaskan anda, serta mengenyangkan sepanjang malam.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba juadah di kedai ni, lokasinya terletak di Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Altitud tak reti nak kasi, nanti takut jumpe mende lain plak. Haha. Landmark = Stesen minyak Esso, Shell, KFC. Masuk lorong tersebut dan kedainya dihujung skali, tepi lorong drive thru KFC. Selamat mencuba!!!

review dari DAPOR INSTANT : 3.0 bintang. pasembuq tu fevret kitorang:-D

cendol tanpa pulut. tapi still kawww!!! RM 1.50 saje
                                              

close snap. kasi terliuq!!


tu diaa~!!! pasembuq mamak PJ!! RM3.50 saje
dapat cendol takleh pandang camera dah


 tempat terhad. kalau nak makan mesti kena sabar untuk tunggu tempat dulu


bersih. itu yang penting


pada pukul 4pm. masih banyak rencah2

6 comments:

  1. Emi. u shud try cendol and laksa redup rimba belakang ukm.
    seriously it tasted good. :D

    ReplyDelete
  2. hahaha ye ke ainaa?ktorg xsmpai agy area2 sane but will do some day!actly diz post was posted by syak..hahah ktorg gilir2 post, depends on sape yg rajen nk tulis..;p

    ReplyDelete
  3. tau kedai ni sblah kfc ni.. mmg slalu sgt g sbb duk UM kan.. hehehhehheeh... dak um gak ke??

    ReplyDelete
  4. cendol layan.. cendol pulut... macam x je.. hee

    ReplyDelete
  5. aah...dak um jugak..sbb tu awal2 ni byk post yg berkaitan kdai2 dkat um jugak..heheh

    ReplyDelete
  6. fuuhhhh!!!! saya peminat cendol!!! sedap nyee!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...