Monday, March 21, 2011

Nasi Ayam Hailam Damansara Utama

hye semua..ramai orang cakap kalau kat kl ni nak cari nasi ayam paling sedap kena pergi dekat Bukit Bintang, Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng sebab kedai ni memang faymes sejak dari dulu lagi..huhu TAPI.!! takkan lah stiap kali rase nak makan nasi ayam mesti kena pergi situ je, dah la jam plus jauh kat dalam bandar tu..betul x?hehehe so kali ni DAPOR INSTANT nak crita pengalaman kitorg kat satu kedai nasi ayam hailam yang ala2 macam dekat BB tu jugak, tapi yang ni dekat damansara..nama restoran ni RESTORAN NASI AYAM HAILAM DAMANSARA UTAMA! (agak2 nya branch sama mcm BB tu jugak kot..;p)

restoran ni terletak betul2 bertentangan dengan medan selera uptown damansara..nak senang lagi kedai dia sederet dengan 7-11..restoran ni diusahakan oleh orang cina tapi telah mendapat pengiktirafan halal oleh pihak JAKIM..jadi kepada muslim semua,jangan risau..HALAL!!

makanan utama kat restoran ni of course la nasi ayam kan..tapi ada jugak makanan tambahan lain macam kerabu kaki ayam, kerabu mangga, sayur kangkung belacan etc..suka sangat2 kerabu kaki ayam tapi tak sempat nak ambil gambar..untuk nasi ayam pulak,satu set nasi ayam ialah RM 5.80 (nasi, ayam,sup)..ada dua pilihan ayam..roasted atau pun steamed..lagi sedap yang roasted, tapi untuk orang2 yang nak jage kesihatan, order la yang steamed pun sedap jugak..hehe..yang special kat sini sos cili + halia..memang masyuuukk sangat2 campur dengan sambal cili merah dan kicap..nak cerita panjang2 pun takleh jugak sebab lain orang lain pendapat kan..cuma pada pendapat kitorg, nasi ayam kat restoran nii layak mendapat pujian jugak la sebab mampu membuatkan kitorg order nasi tambah..haaa camne tu???;p

slamat mencuba semua!!

review dari DAPOR INSTANT : 4.0 bintang!

Jalan 21/37, (few shops away from 7 Eleven)
Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya.


view dari hadapan restoran..
ada tanda halal di hadapan kedai..jangan risau:)

nasinya sedap dan berlemak!xcukup kalau sepinggan;p
Isi ayam panggang memang lembut  berserta sos kicap sedap..(ada dua jenis roasted dengan steamed) 

sup kacang tanah..

 set nasi ayam RM5.80

3 comments:

  1. nmpk sdap la..tp dok perak..lagi juh..huhu..dah la mint nsi ayam sgt2..

    ReplyDelete
  2. mmg sdap nasi ayam kat cni... x rugi cuba:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...