Friday, April 1, 2011

Restoran Sambal Hijau, Sg Penchala

hye! Kalau anda suka makanan nasi campur khususnya waktu tengahari, kali ni Dapor Instant nak suggest satu lagi tempat menarik .. restoran ni sediakan macam2 lauk selera Melayu-Indonesia..nama restoran ni RESTORAN SAMBAL HIJAU!

restoran sambal hijau ni terletak kat sg Penchala, area2 Damansara..kalau nak ke sana, korang boleh menyusuri Penchala Link dan susur keluar ke Kg. Sungai Penchala, jalan terus sampai nampak simpang tiga. Ia terletak bersebelahan Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah..kalau nak senang lagi, kalau korang datang dari arah TTDI, korang ikot signboard Sg Penchala..landmark ialah Restoran Rasta..rasta sebelah kiri korang..dari situ, korang terus je lepas traffic light sampai simpang tiga terus nampak restoran ni!

Korang boleh pilih berpuluh-puluh jenis menu mengikut selera dan citarasa korang..yang paling famous kat sini ada macam2 jenis sambal termasuk sambal hijau makanan popular dari Padang, Indonesia (sebab tu name restoran cmtu..;p)..sesiapa yang tak tahan pedas tak disyorkan cuba sambal kat sini sebab memang akan berasap la telinga kalau tak tahan..kalau korang nak selesa datang lambat sikit pun takpe sebab waktu tghari memang akan sesak sangat2..lauk kat sini sentiasa ditambah dan takkan habis awal..waktu berniaga kat sini bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 2.00 pagi..harga makanan kat sini pun berpatutan! 
biasanya kalau ambil dalam 3 jenis lauk baru RM5.OO lebih tapi bergantung pada lauk jugak la.. 
itu sahaja setakat ni..
selamat mencuba! 

review dari Dapor Instant : 4.0 bintang! 

peta ke restoran sambal hijau!
pandangan dari hadapan restoran:)

sudut ikan bakar..

sudut lauk makanan tengahari
macam2 jenis sambal


sambal hijau


dessert..bubur sumsum..rm1.20 saje!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...