Wednesday, April 13, 2011

Bubur Berlauk Suraya Kg Baru

sapa2 suka makan bubur berlauk, sila "LIKE" post nih!(hahah da mcm FB pulak kan..) hye...kali ni Dapor Instant nak share satu lagi tempat makan best kat KL ni..nama restoran ni RESTORAN SURAYA, KG.BARU... buat pengetahuan semua, restoran ni adalah antara toplist bagi kitorg sebab semua makanan kat sini sedap sangat2..tapi post Dapor Instant kali ni cuma nak cerita pasal makanan favret kitorg je dulu iaitu bubur berlauk..maybe kalau next time kitorg pegi try makanan lain pulak kitorg update lain pulak ye!

kepada sesiapa yang tak pernah cuba makan bubur berlauk sepanjang hidup korang, datang la cuba ye confirm tak menyesal..bubur berlauk ni makanan 'light' je tapi still mengenyangkan umpama korang makan nasi campur sepinggan penuh!heheh..bubur berlauk ni terdiri daripada bubur kosong and korang boleh pilih lauk apa yang korang nak untuk makan dengan bubur tu..ada satu ruang khas dorang susun lauk2 untuk korang pilih..ada banyak lauk macam daging manis, ikan masin, telur masin, sambal paru,bilis goreng,dan banyak lagi..yang paling menarik dorang akan hidang bubur panas2 dan masak sayur 'upon request', maknanya sayur tu dihidangkan panas2 untuk makan sekali dengan bubur n lauk lain2..lauk2 yang ada pun semuanya sedap especially daging manis dan sambal paru..memang masyuuukkk!!selain bubur, kitorang makan jugak kerang bakar..kerang kat sini gemok2 n memang berbaloi order!!even dibakar, tapi tetap juicy bak kata orang kalau gigit tu terpercik air dari mulut..heheh..cicah pulak ngan pencicah dia bagi tu, layaannn~

harga semua sekali kitorang makan 2 orang mase tu set bubur, 1 set kerang and air rm25..ok laa..janji makan memang puas!kalau korang nak datang sini, tak susah pun cari..dari masuk pintu gerbang Kg.Baru, terus je and cari signboard kedai ni sebelah kanan korang..tapi kalau nak datang, kena sabar la tunggu tempat duduk sebab memang sentiasa penuh kat sini tak kire mase..

jadi, kepada anda semua, SELAMAT MENCUBA!

review dari Dapor Instant : 5.0 bintang! 

view dari luar restoran..
bubur kosong

sayur kailan ikan masin
lauk kitorang amek untuk dimakan ngan bubur kosong
daging manis n sambal paru..(recommended)
kerang bakar
tengok isi kerang tu gemok2..;p






4 comments:

  1. saya salu gi mkn sana..memang sedap makanan dia..tp tk poenah try bubur dia, haru stry nih..salu amik side order kerang bakar n pulut mangga

    ReplyDelete
  2. waaa... terliur3.... blog ni sedap diterjah... saya jadi lapar.... huuuu
    bw

    ReplyDelete
  3. ini tak boleh jadik!! telah mencabar nafsu makan ckpayung.. sememangnya ckpayung pntang tgok makanan sesedap tu!! adoiyak... hati da mula rindu mak kt kg.. wa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...