Sunday, April 10, 2011

Nasi Pakapao ss17,PJ

Hye! pernah dengar tak sejenis menu nama NASI PAKAPAO?? mesti jarang dengar kan?so,apa salah nya cuba makanan baru eksotik yang jarang2 boleh jumpa kat kedai2 lain kan?asalkan halal,dapor instant ON jahhh!heheh

kepada sesiapa yang nak try mkn pakapao ni, boleh cuba dekat belakang pusat asasi UIA SS17, PJ.Tuan punya kedai ni oghe kelate and agak murah la makanan yang ada kat sini..seswaaiii sangat la untuk sesiapa yang tengah nak bjimat tu...:)

kepada yang tak tau, "nasi pakapao" ni macam nasi putih biasa tapi lauk dia daging cincang masak dengan cili padi and daun selasih, telur mata yg kuningnya cair, sup kosong, ulam timun, kacang botol & kobis cicah sambal belacan..!! simple je laok die tapi sedaaaaappppp,ala2 macam ayam penyet jugak..harga set pakapao RM5.OO satu set..bila ditanya sejarah nama pakapao ni, tuan punya kedai pun xtaw..heheh..tapi sebenarnya asal makanan ni dari Thailand 'phad ka phao'.bila dapat kat orang melayu jadi pakapao..hehe..selain nasi pakapao ada jugak nasi gorang pakapao (bezanya nasi putih tu ganti ngan nasi goreng) and banyak lagi masakan panas yang lain..

yang susah nye, kedai ni takde signboard apa2..just gerai kat tepi jalan je..cuma boleh bagitaw gerai ni terletak di celah2 lorong flat di kawasan pasar malam dekat asasi UIA pj..and gerai ni cuma bukak waktu MALAM sahaja bermula dari pukul 6 petang..kalau x jumpa jugak,cari slow2 mana2 lorong yang nampak cerah sikit, insyaAllah jumpa..:) 

selamat mencuba!!

review dari Dapor Instant : 4.0 bintang!!


set nasi pakapao RM5.00 (termasuk sup, ulam dan sambal belacan)

sori kualiti camera xbrapa elok..:(

daging digoreng dengan cili padi dan daun selasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...