Friday, June 10, 2011

Kuey Teow Kerang Uptown Damansara

hye..sori lama dah kitorg x update Dapor Instant niii sebab busy sangat2..kali ni kitorg nak perkenalkan satu tempat yang  best untuk memudahkan korang semua nak cari makanan2 sedap and banyak pilihan  iaitu UPTOWN DAMANSARA HAWKERS CENTRE..

ada banyak pilihan makanan kat sini..masakan melayu tradisional,western food,yong tau foo, chinese food, semua ada la..TAPI...kali ni Dapor Instant cuma nak fokuskan post pasal satu gerai je dulu sebab kitorang selalu makan dekat gerai ni setiap kali datang sini iaitu GERAI AVALALA UPTOWN DAMANSARA..kedai ni terletak di tengah2 berdekatan dengan "yazid steakhouse"..cari la mesti jumpa punya..:)

bagi Dapor Instant, kuey teow kerang paling best kat sini dan mungkin antara yang tersedap kat area kl sebab xpernah jumpa lagi sesedap yang ni..kalau sesetengah tempat tu berminyak sangat la, kicap terlebih la, kerang sikit la,macam2 la kekurangannya..tapi kat sini memang sedapp and kerang banyak..kalau setakat sepinggan tu memang rasa nak order satu lagi la! harga sepinggan kuey teow kerang RM4.50 tapi memang puas hati ..gerai ni boleh dikatakan 1 Malaysia jugak la sebab cina,melayu, india, cukup lengkap manage gerai nii..hahha..jangan risau, dijamin HALAL!:)

selain kuey teow kerang, ada jugak makanan lain kat gerai ni tapi yang recommended kuey teow la..memang tak menyesal la!selamat mencuba...:)

review dari DAPOR INSTANT : 5.0 bintang!


kuey teow kerang RM4.50
kerang banyak..fishcake..tauge..telur..complete!
sotong tempura...rangup n sedap! RM 8.00





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...