Friday, July 29, 2011

Kopitiam Kita , Kota Bharu

wahhh..lama nya tak update kat Dapor Instant ni kan...almaklum la..bila dah kat kampung halaman ni asyik makan tidor je mana nak ingat nak update blog dah!hahah..takpe2..kali ni Dapor Instant nak perkenalkan satu warung agak popular untuk korang cari makanan untuk breakfast di Kota Bharu ni iaitu KOPITIAM KITA (atau dulu dikenali sebagai Kopitiam Wong).

Konsep Kopitiam Kita sangat mudah sebenarnya. Semua makanan popular dari segenap ceruk daerah di Kelantan akan dibekalkan dan seterusnya dijual di sini seperti, nasi berlauk ikan Tumpat, nasi gulai ayam Tumpat, nasi berlauk ikan Air Dingin, nasi berlauk Pasir Pekan, nasi dagang, nasi tumpang, putu mayam dan nasi kerabu dan macam2 jenis nasi lagi. Menu sarapan oriental seperti roti bakar, french toast,roti lubnan dan roti canai juga ada.haaa satay pun ada ok pagi2 lagi! Yang paling penting, makanan sarapan pagi trademark orang Kelantan iaitu nasi berlauk Kak Wok pun ada jual di sini. Secara tradisi, nasi berlauk Kak Wok tidak banyak beza dengan mana-mana nasi berlauk lain di Kelantan, tetapi rencah kuah dan sambal lada Kak Wok paling terbaik, unik dan tersendiri. Pendek kata, dengar je nama Kak Wok, air liur bisa kecur wa cakap luuu...hahah.. Kiranya da best2 nasi di Kelantan ni ada di sini la. Korang tak perlu kesana kemari untuk cari makanan sedap-sedap kat seluruh pelosok Kelantan ni. Kan senang tu, datang KB je dah boleh makan nasi dari pelbagai daerah gitu! Good Idea punya tokey!!heheh

kepada sesiapa nak mencuba, boleh lah berkunjung ke kopitiam ini yang terletak di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu. Kopitiam ni agak tersorok sikit dari jalan utama tapi kepada sesiapa yang datang dari arah pusat bandar menghala ke arah Pengkalan Chepa, lorong ke kopitiam ini terletak beberapa jarak sahaja melepasi bangunan butik Hazel. Berkaitan harga makanan di sini, korang makan sampai pecah perut pun takkan semahal korang breakfast kat Oldtown tu..haaa over x metafora ni?hehehe.. setakat ini sahaja dahulu post kami kali ini....selamat mencuba!

review dari Dapor Instant : 5 BINTANG!



satay with nasi impit

nasi berlauk air dingin

roti stim

french toast

telur separuh masak terbaekk!

nasi berlauk daging

roti tempayan gulai kambing

roti kitab..telur di tengah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...